Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Recent Posts

Thursday, 19 May 2016

TEXT UCAPAN MCU 2015

Assalamualaikum  w.b.t,

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
أَمَّا بَعْد
Terima kasih Tuan pengerusi majlis, Yang dihormati lagi dikasihi pimpinan MPMMJ serta pimpinan permata 2015/2016, Yang diraikan kepada tetamu-tetamu yang hadir membawa 1001 barakah,
Minggu cakna ummah adalah bertujuan untuk memupuk rasa cakna dalam kalangan mahasiswa Mu’tah terhadap isu pembelaan ummah sejagat disamping melahirkan mahasiswa yang produktif dan mampu ke hadapan dari segenap aspek keperluan.
Berdasarkan nilai ukhuwwah yang diterapkan dalam kitabullah surah hujurat ayat 10 إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون  .   Saya dan sahabat2 sekalian terpanggil untuk membantu meringankan bebanan saudara yang tertindas serta mempeduli tentang qadhiah2 yang berlaku di seluruh dunia Islam mahupon bukan.
Seorang mukmin kpd seorang mukmin yang lain seperti satu binaan yang mengukuh antara satu sama lain.Hadis ini menyeru untuk kita sama2 bersatu dalam pembelaan isu ummah sejagat walaupon berlainan latar belakang. Bayangkan jika semua ummat Islam bersatu berkumpul bangkit bergerak serta memberi ingatan antara satu sama lain, nescaya Islam mampu kembali dijulang tinggi dan mencapai peringkat ustiazatul alam. ukhuwah teras kegemilangan. Masa itu, Islam kembali Gah dan tiada pihak luar yang berani menyentuh apatah lagi menindas ummat Islam.
Sifirnya mudah, semua dari kita perlulah wujud kesedaran dalam diri bahawa kita adalah sebahagian dari mereka dan mereka sebahagian dari kita(saling menguatkan)

“ Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam rasa cinta mereka, kasih-sayang mereka, dan kelemah-lembutan mereka bagaikan satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh lainnya merasakan sakit dengan tidak tidur dan demam”
Jika kerja pembelaan ummah sejagat ini dilakukan oleh individu2 berseorang atau kumpulan yang kecil, maka keberhasilannya juga kecil, tapi, bayangkan jika kita dapat mengumpulkan individu2 yang pelbagai ini menjadi satu kumpulan yang besar akan menhasilkan sinergi kekuatan yang luar biasa, kerana adanya barakah dimana adanya penyatuan.

Alangkah indahnya pada waktu Islam kembali memimpin dunia, pemimpinnya adil, biahnya baik, rakyatnya terpelihara dari disakiti dan dizalimi serta ditindas.

Jika kita ingin menawan dunia,tugas pertama kita adalah Melaksanakan dakwah dalam usaha meyakinkan masyarakat bahawa Islam adalah satu-satunya sistem hidup yang mampu menyelesaikan semua permasalahan

Berdasarkan Sirah Nabi, ketika nabi bersama sahabat di dalam perang Uhud, ketika mereka hampir sahaja tewas nabi memberi semangat dengan menyakinkan sahabat bahawa kita akan menaklukan kota Rom, disebalik dorongan semangat ini, makna di sebalik “ghulibatirrum” ialah jika kita mahu menawan dunia kita mestilah tahu hal sekelilinya, qadhiah yang berlaku di dalamnya.

Bagaimana kita cakap kita ingin Islam kembali dijulang sedangkan masalah2 di sekeliling kita tidak dipedulikan? Isu2 semasa tidak dicakna ?
Bagaimana dunia mahukan kita sbg Ummat dijadikan rujukan mereka?

Kepedulian kita kepada Qadhiah2 muassarah melatih kita maju kehadapan, kerana kepedulian ini memberi kesedaran kepada kita bahawa kita mestilah kehadapan dari segala aspek kehidupan, aspek pertolongan, aspek pencetus idea menyelesaikan masalah, serta aspek kepimpinan. Apabila kita sentiasa kehadapan dari segenap aspek keperluan ini, dunia tidak lagi meragui kpd Islam bahawa Islamlah satu-satunya sistem hidup yang mampu menyelesaikan semua permasalahan, seperti yang sedang diusahakan oleh kerajaan Turki dan kerajaan2 lain.


Akhir kata, Ikatan ini adalah ikatan aqidah, ikatan yang merentasi segala ikatan.Kita berkongsi Dua kalimah shahadah yang sama, Tuhan kita Tuhan yang sama, Imam kita Imam yang sama, dustur kita dustur yang sama, ghayah kita juga ghayah yang sama.
Jesteru itu, Marilah kita bersama “Qum Fa Anzir”.






featured-content

.