Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Recent Posts


Featured Posts

:)

Thursday 19 May 2016

TEXT UCAPAN MCU 2015

Assalamualaikum  w.b.t,

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
أَمَّا بَعْد
Terima kasih Tuan pengerusi majlis, Yang dihormati lagi dikasihi pimpinan MPMMJ serta pimpinan permata 2015/2016, Yang diraikan kepada tetamu-tetamu yang hadir membawa 1001 barakah,
Minggu cakna ummah adalah bertujuan untuk memupuk rasa cakna dalam kalangan mahasiswa Mu’tah terhadap isu pembelaan ummah sejagat disamping melahirkan mahasiswa yang produktif dan mampu ke hadapan dari segenap aspek keperluan.
Berdasarkan nilai ukhuwwah yang diterapkan dalam kitabullah surah hujurat ayat 10 إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون  .   Saya dan sahabat2 sekalian terpanggil untuk membantu meringankan bebanan saudara yang tertindas serta mempeduli tentang qadhiah2 yang berlaku di seluruh dunia Islam mahupon bukan.
Seorang mukmin kpd seorang mukmin yang lain seperti satu binaan yang mengukuh antara satu sama lain.Hadis ini menyeru untuk kita sama2 bersatu dalam pembelaan isu ummah sejagat walaupon berlainan latar belakang. Bayangkan jika semua ummat Islam bersatu berkumpul bangkit bergerak serta memberi ingatan antara satu sama lain, nescaya Islam mampu kembali dijulang tinggi dan mencapai peringkat ustiazatul alam. ukhuwah teras kegemilangan. Masa itu, Islam kembali Gah dan tiada pihak luar yang berani menyentuh apatah lagi menindas ummat Islam.
Sifirnya mudah, semua dari kita perlulah wujud kesedaran dalam diri bahawa kita adalah sebahagian dari mereka dan mereka sebahagian dari kita(saling menguatkan)

“ Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam rasa cinta mereka, kasih-sayang mereka, dan kelemah-lembutan mereka bagaikan satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh lainnya merasakan sakit dengan tidak tidur dan demam”
Jika kerja pembelaan ummah sejagat ini dilakukan oleh individu2 berseorang atau kumpulan yang kecil, maka keberhasilannya juga kecil, tapi, bayangkan jika kita dapat mengumpulkan individu2 yang pelbagai ini menjadi satu kumpulan yang besar akan menhasilkan sinergi kekuatan yang luar biasa, kerana adanya barakah dimana adanya penyatuan.

Alangkah indahnya pada waktu Islam kembali memimpin dunia, pemimpinnya adil, biahnya baik, rakyatnya terpelihara dari disakiti dan dizalimi serta ditindas.

Jika kita ingin menawan dunia,tugas pertama kita adalah Melaksanakan dakwah dalam usaha meyakinkan masyarakat bahawa Islam adalah satu-satunya sistem hidup yang mampu menyelesaikan semua permasalahan

Berdasarkan Sirah Nabi, ketika nabi bersama sahabat di dalam perang Uhud, ketika mereka hampir sahaja tewas nabi memberi semangat dengan menyakinkan sahabat bahawa kita akan menaklukan kota Rom, disebalik dorongan semangat ini, makna di sebalik “ghulibatirrum” ialah jika kita mahu menawan dunia kita mestilah tahu hal sekelilinya, qadhiah yang berlaku di dalamnya.

Bagaimana kita cakap kita ingin Islam kembali dijulang sedangkan masalah2 di sekeliling kita tidak dipedulikan? Isu2 semasa tidak dicakna ?
Bagaimana dunia mahukan kita sbg Ummat dijadikan rujukan mereka?

Kepedulian kita kepada Qadhiah2 muassarah melatih kita maju kehadapan, kerana kepedulian ini memberi kesedaran kepada kita bahawa kita mestilah kehadapan dari segala aspek kehidupan, aspek pertolongan, aspek pencetus idea menyelesaikan masalah, serta aspek kepimpinan. Apabila kita sentiasa kehadapan dari segenap aspek keperluan ini, dunia tidak lagi meragui kpd Islam bahawa Islamlah satu-satunya sistem hidup yang mampu menyelesaikan semua permasalahan, seperti yang sedang diusahakan oleh kerajaan Turki dan kerajaan2 lain.


Akhir kata, Ikatan ini adalah ikatan aqidah, ikatan yang merentasi segala ikatan.Kita berkongsi Dua kalimah shahadah yang sama, Tuhan kita Tuhan yang sama, Imam kita Imam yang sama, dustur kita dustur yang sama, ghayah kita juga ghayah yang sama.
Jesteru itu, Marilah kita bersama “Qum Fa Anzir”.






Friday 18 January 2013

ورقه چينتا 1

ديريمو عبارت كاچ يڠ بردبو
اكنكو برسيهكن كاچ ايت دڠن كلمبوتن
كرناكو تاهو كاچ ايت موده رتق دان ڤچه
كرناكو تاهو كاچ ايت موده كروه دان ترنود

ديريمو باڬاي ڤرمات كايندهن
اكنكو سنتوه هاتيمو دڠن كلمبوتن

ديريمو سهاروم سوتيرا د اون
اكن اكو جاڬ هاتيمو دڠن كصبرن

اكنكو سلالو برلمه-لمبوت كڤدامو
تتاڤي تيدق اكنكو ترلالو ممنجاكنمو

اكنكو تڬورمو جك كامو برساله
نامون اكنكو چوبا اونتوق تيدق ملوكاي هاتيمو

اكنكو سنتياس برصبر مڠهادڤيمو
اكنكو تريما ديريمو دڠن سڤنوه كاخلاصن
كرناكو تاهو ديريمو باڬايكن كاچ يڠ بردبو

سموڬ الله تموكن ديريكو دڠن ديريمو برچهايكن ايمان
سموڬ كيت دڤرتموكن د جالن يڠ درضأي الله

Monday 7 January 2013

Warkah Cinta Berbau Syurga


Warkah Cinta Berbau Syurga

Album :
Munsyid : Unic feat Imam Muda Nazrul
http://liriknasyid.com



Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

[Ulang Chorus]

Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic
Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.

Tuesday 23 October 2012

Pesanan Imam As-Syafie



Assalamu'alaikum ,

Disini ana ingin berkongsi serba sedikit kata-kata Imam Besar kita Al-Imam As-Syafi'e Rahimahullah tentang cara mendapat ilmu.Sebenarnya banyak lagi kata-kata mutiara daripadanya tetapi disini ana dapat simpulkan 2 sahaja daripada kesemuanya itu. 

1)  

  
" قال وكيع " : هو شيخ الإمام الشافعي رضي الله عنه
ومن كلام الشافعي رضي الله عنه :

شكوت إلى وكيع سوء حفظي *** فأرشدني إلى ترك المعاصي

وأخبرني بأن العلم نور *** ونور الله لا يهدى لعاصي ))

Imam Besar As-Syafi'e mengadu pada Tuan Gurunya WAKI'E tentang hafazannya yg krg baik..Maka diwasiatkan(diajarkan/dibimbing) kepadaku agar meninggalkan maksiat dan dikhabarkan kepadaku bahawasanya ilmu itu adalah cahaya.Dan cahaya
Allah tidak akan sampai(diberi hidayah) kepada orang yang al-‘Asi (pelaku maksiat)..

Disini kita dapat mengambil iktibar bahawa setiap maksiat yang kita lakukan akan menutup atau menghalang kita daripada mendapat hidayah yakni ilmu daripada Allah.Cuba kita lihat Syeikh Imam Syafie ,beliau hanya TERlihat kain seorang wanita terselak dan ternampak betih wanita tersebut hanya sedikit (sebesar ibu jari menurut sebahagian pendapat) dan hanya terlupa akan beberapa baris(kesilapan yg sangat kecil) akan tetapi beliau sangat risau akan perkara itu sehingga beliau pergi mengadu kepada syeikhnya akan hafazannya..Cuba kita lihat pada hari ini,berapa banyak maksiat yang kita lakukan? Adakah kita dapat merasakan setiap maksiat itu akan dibalas walau sebesar zarrah? Adakah kita merasa gelisah setelah melakukan suatu maksiat? jika kita dapat merasakan semuanya,Itu adalah khabar baik kerana jika kita dapat merasakannya,Itu menandakan bahawa adanya sekelumit iman di dalam hati kita. 

2)         
                





أخي لن تنـال العلــم إلا بستــة *** سأنبيـــــــك عنـــها ببيــان
  1.         ذكــاء
  2.  واجتهاد
  3.  وبلغة
  4.  وحرص
  5.  وتلقين أستاذ
  6.                 وطول زمـان 
Saudaraku kamu sesekali akan akan memperoleh sesuatu ilmu melainkan dengan 6 perkara ini:-

  1)     Kebijaksanaan
  2)     Kesungguhan
  3)     Kekayaan
  4)     Keghairahan terhadap ilmu (tamakkan  ilmu)
  5)     Bimbingan Guru
  6)     Mengambil masa yang lama


1.Kebijaksaan – seseorang yang ingin menuntut ilmu itu mestilah seorang yang bijak kerana hanya orang yang bijak mampu mencapai tahap sesuatu ilmu.Dan orang yang bijak sahaja yang mampu membezakan antara hak dan bathil.

2.Kesungguhan – sesuatu perkata tidak akan terhasil jika tidak ada kesungguhan.Sehinggakan menuntut ilmu ini adalah antara jihad yang paling besar.Matinya seorang penuntut ilmu adalah seperti matinya seorang syahid.

3.Kekayaan – seseorang itu mestilah mempunyai harta yang cukup untuk menuntut ilmu kerana menuntut ilmu memerlukan seseorang itu bermusafir jauh untuk mendapatkan sesuatu ilmu kerana bukan semua ulama berada di satu kawasan.

4. Keghairahan terhadap ilmu (tamakkan  ilmu) – seseorang itu mestilah ghairah terhadap ilmu (tamakkan  ilmu) dengan merasakan ilmu pada diri sentiasa tidak cukup dan sememangnya ilmu manusia takkan cukup sehinggakan dalam hadis ada diungkapkan oleh nabi mafhumnya ‘’tuntutlah ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad’’ menunjukkan kita betapa pentingnya menuntut ilmu sehingga sampai saat2 kematian pun kena menuntut ilmu.Sesiapa yang merasakan dirinya sudah cukup ilmu walaupun dia seorang yg BijakPandai ,dialah orang yang paling BODOH dalam dunia ni..Bukan saya yang cakap..tp Hukama' yg cakap..

5. Bimbingan Guru – keberkataan ilmu ada pada bimbingan guru(tunjuk ajar guru).Sungguh ‘Ulama adalah pewaris nabi’..Seseorang yang tidak mempunyai guru yang membimbingnya maka syaitanlah pembimbingnya dan jika syaitan pembimbingnya maka sesatlah dia.

6.Mengambil masa yang lama – sesuatu ilmu tidak akan dapat ‘on the spot’ serta merta..Ia mengambil masa yang lama untuk dihadamkan dalam minda..

Sekian sahajalah dari saya..

Wallahu a’lam bissawab..

Yang baik dan benar dari Allah , yang silap dan kurang dari saya sendiri..


featured-content

.