Assalamu'alaikum ,
Disini ana ingin berkongsi serba sedikit kata-kata Imam Besar kita Al-Imam As-Syafi'e Rahimahullah tentang cara mendapat ilmu.Sebenarnya banyak lagi kata-kata mutiara daripadanya tetapi disini ana dapat simpulkan 2 sahaja daripada kesemuanya itu.
1)
"
قال وكيع " : هو شيخ الإمام الشافعي رضي الله عنه
ومن كلام الشافعي رضي الله عنه :
شكوت إلى وكيع سوء حفظي *** فأرشدني إلى ترك المعاصي
وأخبرني بأن العلم نور *** ونور الله لا يهدى لعاصي ))
ومن كلام الشافعي رضي الله عنه :
شكوت إلى وكيع سوء حفظي *** فأرشدني إلى ترك المعاصي
وأخبرني بأن العلم نور *** ونور الله لا يهدى لعاصي ))
Imam
Besar As-Syafi'e mengadu pada Tuan Gurunya WAKI'E tentang hafazannya yg krg
baik..Maka diwasiatkan(diajarkan/dibimbing)
kepadaku agar meninggalkan maksiat dan dikhabarkan kepadaku bahawasanya ilmu
itu adalah cahaya.Dan cahaya
Allah tidak akan sampai(diberi hidayah) kepada orang yang al-‘Asi (pelaku maksiat)..
Allah tidak akan sampai(diberi hidayah) kepada orang yang al-‘Asi (pelaku maksiat)..
Disini kita dapat mengambil iktibar bahawa setiap maksiat yang kita lakukan akan menutup atau menghalang kita daripada mendapat hidayah yakni ilmu daripada Allah.Cuba kita lihat Syeikh Imam Syafie ,beliau hanya TERlihat kain seorang wanita terselak dan ternampak betih wanita tersebut hanya sedikit (sebesar ibu jari menurut sebahagian pendapat) dan hanya terlupa akan beberapa baris(kesilapan yg sangat kecil) akan tetapi beliau sangat risau akan perkara itu sehingga beliau pergi mengadu kepada syeikhnya akan hafazannya..Cuba kita lihat pada hari ini,berapa banyak maksiat yang kita lakukan? Adakah kita dapat merasakan setiap maksiat itu akan dibalas walau sebesar zarrah? Adakah kita merasa gelisah setelah melakukan suatu maksiat? jika kita dapat merasakan semuanya,Itu adalah khabar baik kerana jika kita dapat merasakannya,Itu menandakan bahawa adanya sekelumit iman di dalam hati kita.
2)
أخي لن تنـال العلــم إلا بستــة ***
سأنبيـــــــك عنـــها ببيــان
- ذكــاء
- واجتهاد
- وبلغة
- وحرص
- وتلقين أستاذ
- وطول زمـان
Saudaraku kamu sesekali akan akan memperoleh sesuatu ilmu melainkan
dengan 6 perkara ini:-
1) Kebijaksanaan
2) Kesungguhan
3) Kekayaan
4) Keghairahan terhadap ilmu (tamakkan ilmu)
5) Bimbingan Guru
6) Mengambil masa yang lama
1.Kebijaksaan – seseorang yang ingin menuntut ilmu itu mestilah seorang
yang bijak kerana hanya orang yang bijak mampu mencapai tahap sesuatu ilmu.Dan
orang yang bijak sahaja yang mampu membezakan antara hak dan bathil.
2.Kesungguhan – sesuatu perkata tidak akan terhasil jika tidak ada
kesungguhan.Sehinggakan menuntut ilmu ini adalah antara jihad yang paling
besar.Matinya seorang penuntut ilmu adalah seperti matinya seorang syahid.
3.Kekayaan – seseorang itu mestilah mempunyai harta yang cukup untuk
menuntut ilmu kerana menuntut ilmu memerlukan seseorang itu bermusafir jauh
untuk mendapatkan sesuatu ilmu kerana bukan semua ulama berada di satu kawasan.
4. Keghairahan terhadap ilmu (tamakkan
ilmu) – seseorang itu mestilah ghairah terhadap ilmu (tamakkan ilmu) dengan merasakan ilmu pada diri
sentiasa tidak cukup dan sememangnya ilmu manusia takkan cukup sehinggakan
dalam hadis ada diungkapkan oleh nabi mafhumnya ‘’tuntutlah ilmu daripada
buaian sehingga ke liang lahad’’ menunjukkan kita betapa pentingnya menuntut
ilmu sehingga sampai saat2 kematian pun kena menuntut ilmu.Sesiapa yang
merasakan dirinya sudah cukup ilmu walaupun dia seorang yg BijakPandai ,dialah
orang yang paling BODOH dalam dunia ni..Bukan saya yang cakap..tp Hukama' yg
cakap..
5. Bimbingan Guru – keberkataan ilmu ada pada bimbingan guru(tunjuk
ajar guru).Sungguh ‘Ulama adalah pewaris nabi’..Seseorang yang tidak mempunyai
guru yang membimbingnya maka syaitanlah pembimbingnya dan jika syaitan
pembimbingnya maka sesatlah dia.
6.Mengambil masa yang lama – sesuatu ilmu tidak akan dapat ‘on the spot’
serta merta..Ia mengambil masa yang lama untuk dihadamkan dalam minda..
Sekian sahajalah dari saya..
Wallahu a’lam bissawab..
Yang baik dan benar dari Allah , yang silap dan kurang dari saya
sendiri..
0 comments:
Post a Comment