Berikut adalah beberapa pecahan tanggungjawab seorang muslim dalam mencari keredhaan Allah SWT di samping mendapatkan kasih sayang manusia. Setiap muslim bertanggungjawab menjauhkan dirinya dan kaum keluarganya daripada azab kubur dan neraka. :~
1. Tanggungjawab Kepada Allah
1. Tanggungjawab Kepada Allah
Adalah menjadi tanggungjawab seorang muslim mentaati setiap perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Tanggungjawab ini hanya akan tertunai, sekiranya ada perasaan takut kepada Allah di dalam hati setiap muslim. Rasulullah saw bersabda bahawa Allah SWT berfirman:
(Demi kemuliaan dan kebenaranKu, Aku tidak akan menghimpun dua kali rasa takut atau aman bagi hambaKu. Siapa yang takut kepadaKu di dunia, maka Aku amankan dia di akhirat. Dan siapa yang merasa aman dariKu di dunia, Aku takutkan dia di akhirat.?)
2. Tanggungjawab Kepada Rasulullah
Sebagai menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT, berterima kasih dan sayang kita kepada Rasulullah saw, maka setiap muslim harus memperbanyakkan bacaan selawat untuk baginda. Sabda Baginda:
(Siapa membaca selawat untukku satu kali dengan tulus iklas, maka Allah akan memberi selawat (rahmat ) kepadanya sepuluh kali dan diangkat darjatnya dan diampunkan sepuluh doanya?.)
3. Tanggungjawab Sebagai Anak
3. Tanggungjawab Sebagai Anak
Seorang sahabat dari suku Bani Salimah telah datang kepada Nabi Muhammad saw, katanya: ? Kedua orang tua aku telah mati. Apakah ada jalan bagi aku untuk berbakti kepada keduanya sesudah mati itu?? Sabda Baginda saw:
( Ya, membacakan istiqhfar untuk mereka, melaksanakan wasiat mereka, menghormati sahabat mereka dan menghubungi kaum keluarga mereka.?)
4. Tanggungjawab Kepada Sesama Muslim
(Kewajipan seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim ada enam perkara:~)
- Jika diundang harus datang
- Jika sakit, harus dijenguk (ziarah)
- Jika mati, harus dihantar jenazahnya (menghadirkan diri)
- Jika bertemu, harus memberi salam
- Jika minta nasihat, harus dinasihati
- Jika bersin, harus didoakan
5. Tanggungjawab Kepada Jiran
(Tidak beriman seseorang hamba sehingga aman jiran tertangganya dari gangguannya. Sahabat bertanya: Apakah gangguan itu ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: Tipuan dan aniaya.)
6. Tanggungjawab Menegakkan Agama Allah Dan Mempertahankan Negara
Sabda Rasulullah saw:
(Keluar pagi atau petang untuk berjihad fi sabilillah itu lebih afdhal (utama) daripada bumi seisinya dan berdiri seseorang dalam barisan jihad itu lebih utama daripada ibadat enam puluh tahun.)
0 comments:
Post a Comment