KEIKHLASAN
(BERSIH HATI DARI
SEGALA TUJUAN SELAIN KEREDHAAN ALLAH S.W.T.)
Riyaa ialah beramal untuk dilihat orang, dipuji dilihat orang, Abul Laits
berkata: "Dikatakan pada mereka sedemikian itu kerana amal perbuatan mereka
ketika didunia secara tipuan, maka dibalas demikian."
Firman Allah
s.w.t.: Yukhaa di'unnallah wahuwa khaa
di'uhum.
Allah s.w.t. membalas cara tipuan mereka itu dan membatalkan semua
amal perbuatan mereka itu, kerana kamu dahulu tidak beramal untukKu maka
pembalasan amalmu itu tidak ada padaKu, sebab tiap amal yang tidak ikhlas kepada
Allah s.w.t., maka tidak sampai kepadaNya,
kerana itu tiap amal yang dikerjakan tidak kerana Allah
s.w.t. dan kerana lainnya, maka Allah s.w.t.
lepas tangan daripadanya.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata, dari Nabi
Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Allah
s.w.t. telah berfirman: ' Akulah yang terkaya dari
semua sekutu, Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain,
maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas
dari amal itu."
Hadis ini sebagai dalil
bahawa Allah
s.w.t. tidak menerima amal kecuali yang ikhlas kepada Allah
s.w.t., maka jika tidak ikhlas, tidak diterima dan tidak ada
pahalanya, bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam, sebagaimana tersebut
dalam ayat 18 surah Al-Israa:
Man kana yuriidul aa-jilat ajjalna lahu fiha maa nasyaa'u liman nuridu, tsumma
ja'alna lahu jahannam yash laaha madzmuman mad-hura (18). Wa man aradal akhirota
wa sa'a laha sa'yaha wa huwa mu'minun, fa ulaa'ika kaana sa'yuhum masy-kuura.
(19). Kullan numiddu haa ulaa'i, wahaa ulaa'i athaa'i robbika, wama kaana
athaa'u robbika mah-dzuura (20).
Bermaksud: Siapa yang menginginkan dunia dengan amalnya, Kami berikan kepadanya
dari kekayaan dunia bagi siapa Kami kehendaki kebinasaannya, kemudia Kami
masukkan ia kedalam neraka jahannam sebagai orang terhina dan terusir jauh dari
rahmat Allah (18). Dan siapa yang menginginkan akhirat dan berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan ikhlas, dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah
yang terpuji (diterima) (19). Masing-masing dari dua golongan Kami beri rezki,
dan pemberian Tuhanmu tidak terhalang, baik terhadap mukmin, kafir, berbakti
maupun lacur (20).
Dari ayat keterangan ini nyatalah bahawa yang beramal kerana Allah
s.w.t. maka akan diterima sedang yang beramal tidak kerana Allah
s.w.t. tidak akan diterima dan hanya lelah dan susah semata-mata,
sebagimana dinyatakan dalam hadis: Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Rubba
sha'imin laisa lahu hadhdhun min shaumihi illal ju'a wal athsy wa rubba qaai'min
laisa lahu hadhdhun min qiyamihi illal-sahar wannashabu. Maksudnya: Adakalanya
orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan haus, dan
ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali
tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya.
Seorang ahli hikmah berkata: "Contoh orang yang beramal dengan riyaa'
atau sum'ah itu bagaikan orang yang keluar kepasar dan mengisi poketnya dengan
batu, sehinggakan orang melihat poketnya semua berasa kagum dan berkata: "Alangkah
penuhnya poket wang orang itu.", tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak
berguna sebab tidak dapat dibeli apa-apa tetapi hanya sekadar mendapat pujian
orang sahaja. Demikianlah pula orang yang beramal dengan riyaa' sum'ah, tidak
ada pahalanya diakirat kelak."
Sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wa
qadimna ila amilu min faja'alnahu habaa'an mantsuura."
yang bermaksud: "Dan Kami periksa semua
amal perbuatan mereka, lalu Kami jadikan debu yang berhamburan."
Waki' meriwayatkan dari Sufyan Atstsauri dari orang yang mendengar Mujahid
berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad
s.a.w. dan berkata: Ya Rasullullah,
saya
bersedekah mengharapkan kerihdaan Allah s.w.t. dan
ingin juga disebut dengan baik." Maka turunlah ayat 111 surah al-Kahfi:
"Faman kaana yarju liqaa'a rabbihi fal ya'mal
amalan shaliha, walaa yusyrik bi ibadati rabbihi ahada. yang
bermaksud: "Maka siapa yang benar-benar mengharap
akan bertemu dengan Tuhannya, maka hendaklah berbuat amal yang baik, dan jangan
mempersekutukan Allah dalam
semua ibadatnya dengan sesiapa."
Seorang pujangga berkata: "Siapa yang berbuat tuju tanpa tuju tidak berguna
perbuatannya. Siapa yang takut tanpa hati-hati, maka tidak berguna takut itu,
seperti berkata: "Saya takut kepada siksaan Allah
s.w.t. tetapi
tidak berhati-hati dari dosa, maka tidak berguna takutnya itu. Siapa yang
mengharapkan tanpa amal seperti mengharapkan pahala dari Allah
s.w.t. tetapi tidak beramal, maka tidak berguna harapannya itu.
Siapa yang niat tanpa perlaksanaan, niat yang berbuat kebaikan tetapi tidak
melaksanakan akan tidak berguna niatnya itu. Siaoa berdoa tanpa usaha, seperti
berdoa semoga mendapat taufiq untuk kebaikan, tetapi tidak berusaha untuk
kebaikan. Siapa yang beristigfar tanpa penyesalan, maka tidak akan berguna
istigfarnya itu. Siapa yang tidak menyesuaikan lahir dengan batiniahnya, seperti
lahirnya untuk berbuat kebaikan tetapi hati tidak ikhlas. Siapa yang amal tanpa
ikhlas maka tidak akan berguna amal perbuatannya.
Abu Hurairah berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda
yang bermaksud: "Akan keluar pada akhir zaman
suatu kaum (golongan) yang mencari dunia
dengan menjual agama, memakai pakaian bulu domba, lidah mereka lebih manis dari
madu sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman kepada mereka:
Apakah terhadapKu mereka bermain-main dan melawan, dengan kebesaran-Ku, Aku
bersumpah akan menurunkan kepada mereka futnah ujian bala sehingga seorang yang
berakal tenang akan bingung."
Waki' meriwayatkan dari Sufyan dari Habib dari Abi Salih berkata: Seorang datang
kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata:
"Ya, Rasullullah, saya berbuat suatu
amal yang saya sembunyikan kemudian diketahui orang, maka saya merasa senang,
apakah masih mendapat pahala? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:
"Ya. bagimu pahala rahasia dan terang."
Abul-Laits berkata: "Diketahui orang sehingga ditiru, maka ia mendapat
pahala kerana beramal dan mendapat pahala kerana ditiru orang." Sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Siapa
yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang
yang meniru perbuatannya hingga hari qiamat, dan siapa yang memberi contoh
kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya
hingga hari qiamat."
Abdullah bin Almubarak
meriwayatkan dari Abubakar bin Maryam dari Dhomiroh dari Abu Habib berkata: Rasullullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Adakalanya
para Malaikat membawa amal seorang hamda dan mereka anggap banyak dan mereka
menyanjungnya sehingga sampai kehadrat Allah,
maka Allah berfirman
kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hambuku, sedang Aku mengawasi isi dan
niat hatinya, hambaku ii tidak ikhlas kepadaKu dan amalnya, maka catatlah dalam sijjin,
dan ada kalanya membawa naik amal hamba lalu mereka menganggap sedikit dan kecil
sehingga sampai kehadapan Allah,
maka Allah berfirman
kepada para Malaikat: Kamu mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi
hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatannya kepadaKu,
catatlah amalnya itu dalam illiyin."
Dengan ini nyatalah bahawa amal yang sedikit dengan ikhlas lebih baik daripada
yang banyak jika tidak ikhlas, sebab amal yang diterima oleh Allah
s.w.t. dilipat gandakan pahalanya. Adapun yang tidak ikhlas maka
tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya dalam neraka jahannam.
Abu-Laits berkata: Saya telah diceritakan oleh beberapa ulama dengan sanad
mereka yang langsung dari Uqbah bin Muslim dari Samir Al-ash-bahi berkata:
"Bahawa ia ketika masuk kekota Madinah melihat seorang yang dikerumuni oleh
orang ramai, lalu saya bertanya: "Siapakah orang itu?" Jawab
orang-orang: "Itu Abu Hurairah r.a.". Maka saya mendekati
kepadanyadan ketika tiada lagio orang ramai disitu, saya pun bertanya kepadanya:
"Saya tuntut engkau demi Allah, ceritakan kepadaku satu hadis yang telah
kau dengar dan kau ingat langsung daripada Rasullullah
s.a.w." Abu Hurairah r.a. berkata:
"Duduklah, akan saya ceritakan kepadamu hadis yang saya sendiri mendengar
dari Rasullullah s.a.w. yang waktu itu tiada
orang lain bersama kami." Kemudian Abu Hurairah r.a. pun menarik nafas yang
berat lalu pingsan, kemudian setelah sedar dari pingsan itu dia pun mengusapkan
mukanya sambil berkata: "Akan aku ceritakan hadis Rasullullah
s.a.w. .", kemudian dia menarik safas yang berat lagi dan
pingsan semula. Agak lama kemudian dia sedar dan mengusapkan mukanya lalu
berkata : Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
"Apabila hari kiamat kelak maka Allah
s.w.t. akan menghukum diantara semua makhluk dan
semua ummat bertekuk lutut, dan pertama yang dipanggil ialah orang yang menerti
al-Quran, dan orang yang mati fisabilillah, dan orang kaya. Maka Allah
s.w.t. menanyakan kepada orang yang pandai al-Quran:
Tidakkah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusanKu?
Jawab orang itu: Benar, ya Tuhanku. lalu kau berbuat apa terhadap apa yang telah
engkau ketahui itu? Jawabnya: Saya telah mempelajarinya diwaktu malam dan
mengerjakannya diwaktu siang. Firman Allah
s.w.t. : Dusta kau. Lalu malaikat juga berkata:
Dusta kau, sebaliknya kau hanya ingin disebut qari, ahli dalam al-Quran, dan
sudah disebut yang demikian itu. Lalu dipanggil orang kaya dan ditanya: Engkau
berbuat apa terhadap harta yang Aku berikan kepada kamu? Jawabnya: Saya telah
menggunakan untuk membantu kaum keluarga dan bersedekah. Dijawab Allah
s.w.t. :Dusta kau. Para malaikat pun berkata: Dusta
kau, kau berbuat begitu hanya kerana ingin disebut sebagai seorang dermawan, dan
sudah terkenal sedemikian. Lalu dihadapkan orang yang mati berhijad fisabilillah
lalu ditanya: Kenapa kau terbunuh? Jawabnya: Saya telah berperang untuk
menegakkan agamaMu sehingga terbunuh. Allah
s.w.t. berfirman: Dusta engkau. Dan malaikat juga
berkata: Dusta engkau, kau hanya ingin disebut sebagai seorang pahlawan yang
gagah berani dan sudah disebut sedemikian.
Kemudian Nabi
Muhammad s.a.w. memukul lututku (pahaku) sambil bersabda yang
bermaksud: "Hai Abu Hurairah, ketiga orang itulah
yang pertama-tama yang dibakar dalam api neraka pada hari kiamat." Kemudian
berita itu sampai kepada Mu'awiyah maka ia menangis dan berkata: "Benar
sabda Allah
s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.".
Kemudian ia membaca ayat 15-16 surah Hud yang berbunyi: Man kana yuridul haya
wazinataha nuwaffi ilaihim a'maalahum fiha wahum fiha la yub khosun.(15)
Ulaa'ikal ladzina laisa lahum fil aakhiroti illannar wa habitha maa shona'u fiha
wabaa thiun maa kaanuu ya'malun. (16). Yang bermaksud: Siapa
yang niat dengan amalnya hanya semata-mata keduniaan dan keindahannya maka Kami
akan memberi kepada mereka semua amalnya dan mereka didunia tidak akan dikurangi
(dirugikan).(15). Mereka itulah yang tidak mendapat diakirat kecuali api neraka,
dan gugur semua amal mereka itu, bahkan palsu semua perbuatan mereka itu.(16).
Abdullah bin Haanif Al-inthoki berkata: Pada hari kiamat bila seseorang
mengharap amalnya kepada Allah s.w.t. maka
dijawab: Tidakkah Kami telah membayar kotan pahalamu,
tidakkah Kami telah memberi tempat padamu dalam tiap majlis. tidakkah Kami telah
terangkat sebagai pimpinan/ketua, tidakkah telah Kami murah (mudah)kan
jualbelimu (yakni selalu dapat potongan harga jika membeli sesuatu) dan
seterusnya.
Seorang hakim telah berkata: Orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan
perbuatan kebaikannya sebagaimana menyembunyikan kejahtannya. Pendapat yang lain
pula berbunyi: Puncak ikhlas itu ialah tidak ingin pujian orang. Dzinnun
Almishri ketika ditanya: "Bilakah orang diketahui bahawa ia termasuk
pilihan Allah s.w.t."? Jawabnya: "Jika
tidak meninggalkan istirehat dan dapat memberikan apa yang ada, dan tidak
menginginkan kedudukan dan tidak mengharapkan pujian tau celaan orang. (Yakni
dipuji tidak merasa besar dan dicela tidak merasa kecil)
Ady bin Hatim Aththa'i berkata Rasullullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: Pada hari kiamat beberapa
orang yang diperintahkan untuk membawa kesyurga dan setelah melihat segala
keindahannya serta merasakan bau harumnya maka diperintahkan untuk dijauhkan
daripadanya kerana mereka tidak ada bagian didalamnya, maka kembali mereka
dengan penjelasan yang tidak ada tara bandingnya, sehingga mereka berkata: Ya
Tuhan, andaikan Kau masukkan kami kedalam neraka sebelum Kau perlihatkan kami
pahala yang Kau sediakan bagi para waliMu. Jawab Allah:
Sengaja Aku berbuat itu kepada kamu, kamu dahulu bila bersendirian berbuat
dosa-dosa besar, dan bila dimuka orang-orang berlagak alim sopan dan taat, kamu
hanya riya', memperlihatkan kebaikan kepada manusia, dan tidak takut kepadaKu,
kamu mengagungkan orang dan tidak mengagungkan Aku, maka kini Aku merasakan
kepada kamu kepedihan siksaKu, disamping Aku haramkan atas kamu kebesaran
pahalaKu.
Abdullah bin Abbas r.a. berkata Rasullullah
s.a.w. bersabda yang
bermaksud: Ketika Allah telah melengkapi jannahtu aden
dengan segala keindahan yang belum dilihat oleh mata, dan terdengar oleh telinga
dan tergerak dalam hati (khayal) manusia, maka Allah menyuruhnya supaya
berkata-kata, maka syurga itu berkata : Qad aflahai
mu'minum (3x) (Sungguh untung orang yang beriman/percaya) Inni
haram ala kulli bakhil wa munafiq wa muraa'i (3x) (Saya diharam untuk
dimasuki oleh tiap orang yang bakhil dan orang munafiq dan orang yang berbuat
riyaa).
Ali bin Abi Thaalib r.a. berkata: "Tanda orang yang riyaa' itu ada
empat yakni malas jika bersendirian, dan tangkas jika dimuka orang, dan menambah
amalnya jika dipuji, dan mengurangi jika dicela. Syaqiq bin Ibrahim berkata:
"Benteng amal itu ada tiga iaitu Harus merasa bahawa itu hidayat dan taufiq
dari Allah
s.w.t., Harus niat untuk mendapat ridha Allah
s.w.t. untuk mematahkan hawa nafsu dan Harus mengharap pahala dari Allah
s.w.t. untuk menghilangkan rasa tamak, rakus riyaa' dan dengan ketiga
ini amal dapat ikhlas kepada Allah s.w.t. Mengharap
ridha Allah s.w.t. supaya tiap amal hanya
untuk yang diridha Allah s.w.t. supaya tidak
beramal terdorong oleh hawa nafsu, dan apabila amal itu kerana mengharap pahala
dari Allah s.w.t. maka tidak hirau terhadap
pujian atau celaan orang.
Seorang hakim berkata: "Seharusnya seorang yang beramal itu belajar
adab dari pengembala kambing." Ketika ditanya bagaimanakah? Jawabnya:
"Pengembala itu jika sembahyang ditengah-tengah kambingnya, sekali-kali
tidak mengharap pujian dari kambing-kambingnya, demikianlah seorang yang beramal
harus tidak menghiraukan apakah dilihat orang atau tidak."
Seorang hakim berkata: "Untuk keselamatan suatu amal berhajat pada empat
macam iaitu pertamanya: Ilmu pengetahuan, sebab amal tanpa ilmu lebih banyak
salah daripada benarnya (tepatnya),keduanya Niat, sebab tiap amal amat
terpenting pada niatnya, sebagaimana sabda Nabi
Muhammad s.a.w. : "Sesungguhnya semua
amal tergantung pada niat dan yang dianggap bagi tiap orang apa yang ia niatkan."
dan ketiga Sabar, supaya dapat melaksanakan amal itu dengan baik dan
sempurna, thuma'ninah dan tidak keburu , keempatnya ialah Tulus ikhlas,
sebab amal tidak akan diterima tanpa keikhlasan.
Haram bin Hayyan berkata: "Tiada seorang yang menghadap kepada Allah
s.w.t. akan menghadapkan hati orang-orang yang beriman sehingga kasih
dan sayang kepadanya." Suhail bin Shalib dari ayahnya Abu Hurairah r.a.
berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang
bermaksud: "Sesungguhnya Allah
s.w.t. bila cinta pada seseorang hamba berkata
kepada Jibril: Sesungguhnya Aku kasih kepada fulan, maka kau kasih kepadanya,
lalu Jibril berkata kepada semua penduduk langit: Sesungguhnya Tuhanmu kasih
kepada fulan, maka kamu harus kasih kepadanya, setelah dikasihi oleh ahli langit,
maka disebarkan rasa kasih diatas bumi, dan sebaliknya jika Allah
s.w.t. murka (benci) pada seorang hamba, demikian
juga adanya."
Syaqiq bin Ibrahim ditanya: "Bagaimana dapat mengetahui bahawa seorang yang
soleh, sebab orang mengatakan bahawa saya orang solihin?" Jawab Syaqiq:
"Tunjukkan rahsiamu pada orang-orang soleh, maka bila mereka rela pada itu
itu bererti kau soleh. Kedua, tawarkan dunia ini pada hatimu, maka bila ia
menolak, itulah tandanya kau soleh dan ketiga, tawarkan maut kepada dirimu, maka
jika ia berani dan mnegharap tanda bahawa kau orang yang soleh, bila tidak maka
bukan soleh, dan bila ada ketiga-tiganya padamu, maka mintalah selalu kepada Allah
s.w.t. jangan sampai memasukkan riyaa' dalam semua amalmu supaya
tidak rosak amalmu."
Tsabit Albunani dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tahukah
kamu siapakah orang mukmin? Jawab sahabat:
"Allah s.w.t. dan
Rasullullah lah
yang lebih mengetahui." Baginda
s.a.w. bersabda: "Seorang mukmin iaitu
orang yang tidak mati sehingga Allah memenuhi
pendengarannya dengan apa yang ia suka dan andaikan seorang berbuat taat didalam
rumah yang berlapistujuh puluh dan pada tiap rumah ada pintu besi, niscaya Allah
akan menampakkan amal itu sehingga dibicarakan
orang dan dilebih-lebihkan." Ditanya oleh para sahabat: "Ya
Rasulullah, bagaimana dilebih-lebihkan?"
Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : Seorang
mukmin suka bila amalnya bertambah." Kemudian
Nabi Muhammad s.a.w. pula bertanya: Tahukah
kamu siapa pula yang fajir (derhaka)?". Jawab sahabat: "Allah
s.w.t. dan Rasullullah
lah yang lebih mengetahui." Bersabda
Nabi Muhammad s.a.w. : "Yalah
orang yang tidak mati sehingga Allah s.w.t.
memenuhi pendengarannya dengan apa yang tidak disukai, dan
andaikan seorang berbuat maksiat didalam rumah yang berlapis tujuh puluh rumah
dan masing-masing berpintu besi, niscaya Allah
s.w.t. akan memperlihatkan pakaian amal itu
sehingga dibicarakan orang dan ditambah-tambahi." Ketika ditanya:
"Bagaimana ditambah, ya Rasullullah?'
Jawab Rasullullah s.a.w :
"Seorang fajir suka apa yang menambah durhakanya."
Auf bin Abdullah berkata: "Orang-orang ahlil khoir satu sama lain berpesan
tiga kalimah: Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah
s.w.t. akan mencukupi urusan dunianya, dan siapa yang memperbaiki
hubugannya dengan Allah s.w.t. maka Allah
s.w.t. akan memperbaiki hubugannya dengan sesama manusia, dan siapa
yang memperbaiki hatinya maka Allah s.w.t. akan
memperbaiki lahirnya."
Hamid Allafaf berkata: "Jika Allah s.w.t. akan
membinasakan seseorang, maka dihukum dengan tiga macam: Diberi ilmu tanpa amal,
Diberi bersahabat dengan orang-orang yang soleh tetapi tidak mengikuti jejak
mereka dan tidak beradap terhadap mereka serta ketiga diberi jalan untuk berbuat
taat tetapi tidak ikhlas."
Abul-Laits berkata: "Itu semua kerana jelek niatnya dan busuk hatinya,
sebab sekiranya niatnya baik nescaya diberi manfaat dalam ilmunya dan ikhlas
dalam amalnya, dan menghargai kedudukan orang-orang soleh." Tambahnya lagi:
"Saya telah diberitahu oleh orang yang dapat dipercayai dengan sanadnya
dari jaballah Alyahshubi berkata: "Ketika kami bersama Abdul Malik bin
Marwan dalam suatu peperangan, tiba-tiba kami bertemu dengan seseorang yang
selalu bangun malam, bahkan tidak tidur malam kecuali sebentar, selama itu kami
belum kenal padanya, kemudian kami ketahui bahawa ia adalah sahabat Rasullullah
lalu ia bercerita kepada kami bahawa ada seorang bertanya: "Ya
Rasullullah, dengan apakah mencapai
keselamatan kelak?" Jawab Rasullullah s.a.w,
"Jangan menipu Allah
s.w.t." Orang bertanya lagi: "Bagaimana
menipu Allah s.w.t.?" Rasullullah
s.a.w menjawab: "Yaitu mengerjakan apa
yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.,
tidak kerana Allah s.w.t. dan
berhati-hatilah kamu dari riyaa kerana ia syirik terhadap Allah
s.w.t. Orang yang berbuat riyaa pada hari kiamat
akan dipanggil dimuka umum dengan empat nama: Hai kafir, hari orang lancung, hai
penipu, hai orang yang rugi, hilang semua amalmu dan batal pahalamu, maka tidak
ada bagian bagimu kini, dan mintalah pahalamu dari orang yang kamu berbuat untuk
mereka wahai penipu." Saya bertanya lagi: "Demi Allah
yang tiada Tuhan kecuali Dia, apakah benar kau mendengar sendiri hadis ini dari
Rasullullah s.a.w.?" Jawabnya:
"Demi Allah
s.w.t. yang tiada Tuhan kecuali Dia, sesungguhnya saya telah
mendengar sendiri dari Rasullullah s.a.w
kecuali jika saya keliru sedikit yang tidak saya sengajakan." Kemudian ia
membaca ayat: Innal munafaiqiina yukhadi 'unallah wa huwa khaa di'uhum.
Yang bermaksud: Seseungguhnya orang munafiq itu akan menipu Allah
padahal Allah telah membalas tipu
daya mereka.
Abul-Laits berkata: "Siapa yang ingin mendapat pahala amalnya diakhirat,
maka harus beramal dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. tanpa
riyaa', kemudian melupakan amal itu supaya tidak dirosak oleh rasa ujub (bangga
diri) sebab memang menjaga taat itu lebih berat daripada mengerjakannya."
Abu Bakar Alwaasithi berkata: "Menejaga kebaikan taat itu lebih berat
daripada mengerjakannya sebab ia bagaikan kaca yang cepat (mudah) pecah dan
tidak dapat ditampal atau dipatri, maka tiap amal yang dihinggapi riyaa' rosak
dan tiap amal yang dihinggapi ujub (bangga diri) rosak. Maka apabila seorang
dapat menghilangkan rasa riyaa' dalam amalnya harus berbuat yang demikian,
tetapi bila tidak dapat menghilangkan maka jangan sampai tidak beramal kerana
belum dapat menghilangkan riyaa' sebaiknya ia harus tetap beramal kemudian
membaca istigfar dari pada rayaanya itu, kemudian dilain hari Allah
s.w.t. memberinya taufiq untuk ikhlas dalam amal-amal yang
lain."
Salman Alfarisi r.a. berkata: "Allah s.w.t. menambah
kekuatan orang mukmin dengan bantuan orang-orang munafiqin dan menolong orang
munafiqin dengan doa orang-orang mukmin."
Abu-Laits berkata: "Orang-orang berpendapat bahawa didalam fardhu tidak
dapat dimasuki riyaa', sebab melakukan kewajipan, tetapi sebenarnya dapat saja
riyaa' itu masuk kedalamnya." Tambahnya lagi: "Disini ada dua macam:
Jika ia melakukan fardhu itu semata-mata kerana riyaa' sehingga sekiranya tidak
riyaa' tidak melakukannya maka itu munafiq sepenuhnya, termasuk dalam golongan Innal
munaafiqiina faddarkil asfali minannaar.
Orang-orang munafiq itu dalam tingkat terbawah dalam api neraka, sebab
sekiranya tauhidnya benar-benar, tentu ia selalu melakukan fardhu yang dirasa
sebagai kewajipan atas dirinya. Dan jika tetap melakukan kewajipan hanya jika
didepan orang lebih baik dan sempurna sedang jika sendirian agak sumbang, maka
ia mendapat pahala yang kurang sesuai dengan kelakuannya yang kurang, sedang
kelebihan yang dilakukan dimuka orang ramai maka ia tidak ada pahalanya bahkan
akan dituntut atasnya.
0 comments:
Post a Comment