(يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين)
Wahai Tuhan Yg Hidup Lagi Bangun Dgn Sendiri-NYA
Dgn rahmatMu aku memohon pertolongan
Baikilah urusanku keseluruhannya
Jgnlah kau serahkan aku pada diriku walaupun sekelip mata..
Hari berganti hari.Aku masih menanti si 'dia' yg telah bersarang di dalam hati ini membuka pintu hatinya untuk menerima diriku.Sungguh,aku sentiasa bersedia membuka pintu hatiku untuknya dan menerima dirinya seadanya.Akan tetapi adakah dia sedar bahawa aku telah jatuh hati padanya? Satu persoalan besar yg sering berlegar dalam fikiranku adakah dia akan menerima diriku seadanya? ataupun aku hanya bertepuk sebelah tangan ? Yang mana tepukan itu akan terus hanya sebelah tangan dan tdk akan berbunyi sehingga akhir hayatku? Aku berharap agar dia sudi untuk menyambut tepukan ini agar ia berbunyi dgn bunyi yg begitu indah sekali.Adakah dia tahu bahawa setiap kali aku melihat wajahnya hatiku terasa amat senang dan senyuman dibibirku akan terukir tanpa disedari dan apabila ku mendengar suaranya aku merasakan seperti nyanyian merdu yang dialunkan oleh seorang sang penyanyi handalan walaupun dia hanya mengungkap sebaris kata sahaja.Aku selalu berharap agar dia adalah jodohku,sehidup semati bersamaku dan menjadi penemanku dikala sunyi mahupun gembira namun selalu juga aku berdoa agar aku dapat melupakan tentang dirinya kerana aku tahu siapalah diriku baginya akan tetapi aku tidak dapat melupakan dirinya kerana mungkin Allah ingin aku bersamanya.Selalu aku merasakan bahawa dia adalah permata yang dicari selama ini yang baru ku temui namun aku tak pasti rencana Ilahi apakah dia kanku miliki?.Ya Allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu ~Amin~.Mungkin dia hanya istimewa bagiku tetapi bagi dirinya aku hanyalah sekadar lelaki biasa yang lemah dalam kehidupan.Jika dia telah ditakdirkan utk bersamaku akan aku jaga dirinya sepenuh kesabaran dan akan aku didik dirinya dengan penuh keimanan.
Selalu aku teringat akan lirik sebuah nasyid yang berbunyi begini '' Sabarlah menunggu janji Allah kan pasti kekasih yg datang sesuai dengan iman di hati '' melalui lirik nasyid ini aku teringat akan firman Allah dalam Al-Quran yg pernah ku baca suatu ketika iaitu :-
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”(surah An-Nur ayat 26)
Menerusi ayat ini aku yakin bahawa aku juga mampu miliki si dia yang solehah itu jika aku berusaha menjadi seorang yg soleh.Sehubungan dengan itu,aku mula berusaha sedaya upaya aku utk membaiki diriku yang serba kekurangan ini dan berusaha menambahkan ilmu tentang Islam dan ilmu2 yg menjanjikan kebahagiaan agar aku dapat membimbing dan membahagiakan dia dengan ilmu yang dimiliki.
I believe ''LOVE MAKES ME STRONG''
Oh Allah, please send me a person in my life.
Tuhan berikan aku cinta yang Kau titipkan bukan cinta yang pernah ku tanam..
Tuhan temukan daku penawar Terluka ditusuk duri cinta Hanya dia..cuma dia yang kan mampu menyembuhnya..
اللهم حبّب عبدك هذا الى عبادك المؤمنين وحبّب الى المؤمنين
Allahumma habbib 'abdaka haza ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
"Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman"
~AMIN~
E-class min ibadirrahman :-
HAFZ :)
4 comments:
berbunga sangat~
اللهم فارج الهم ، كاشف الغم ، مجيب دعوة المضطرين ، رحمان الدنيا والآخرة ورحيمهما ، أنت ترحمني ، فارحمني برحمة تغنيني بها عن رحمة من سواك
Tidak terlangkau hari hariku tanpa memikirkanmu, mengapa kau coba utk masuk kedalam rimba hatiku dahulu, dan kau sengaja menyesatkan diri di sini, sehinggakan ku kini kesepian tanpa melihat jejak langkahmu? dan kini setelah kau berjaya keluar dari rimba hatiku, kau terbang bebas tanpa meninggalkan sebarang jejak tanpa kau toleh melihat kembali aku disini, adakah kau bersungguh dalam pembinaan mahligai istana syurga ini bersama? Adakah aku coma bahan uji kaji perhubunganmu yg telah kau kecewa sebelum2 ini? Adakah aku bahan kajian utk kau terus membina keyakinanmu yg telah hampir sahaja runtuh dan setelah kau berjaya membinanya kau pergi begitu sahaja? Aku mahu kau bertanggungjawab atas keperitan, kesedihan, kesepian hati ini !!!
Kau kata padaku baru2 ni,kau coba jauh dariku karna kau tidak mahu aku merobohkan prinsipku, tp tanpa kau sedar kau telah lama merobohkannya, dari hari pertama kau taip assalam padaku, di hari lahirku yg ke-21. Kau tahu perjalanan kita masih jauh, tp kau tetap berkeras mahu mencoba menelusuri hatiku yg rapuh ini, hgga kau berjaya berleraikannya hancur berderai.. Kini aku tergapai2 kesamaran identiti, kesamaran impian yg pernah aku impikan, tp kau di mana? Kau hny dtg padaku waktu kau bosan, dan waktu aku memerlukan sokongan kau pergi begitu sahaja? Ohh.. Sungguh kejamnya !
Kau pernah bilang padaku, kau hny mencariku waktu kau runsing, waktu kau bosan. Kini kau hilang dr radarku bagaikan merpati yg hanya singgah didahan pokok utk menikmati perawatan. Setelah sembuh ia terbang bebas ke udara tanpa menoleh kembali ke pohon itu. Mungkin kau telah menemui sesorang yang sempurna berbanding diriku yg serba kekurangan dan lemah. Smg kau bahagia di sana menikmati kehidupanmu yang lebih sempurna. Aku sentiasa mendoakan kau agar dipilih oleh tuhannya dikalangan hambaNya yg sentiasa dirahmati..
Post a Comment