Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Recent Posts

Friday, 28 September 2012

Nasihat al-Habib Ali al-Jufri Kepada Remaja



بسم الله الرحمن الرحيم


Nasihat al-Habib Ali al-Jufri :

  • Penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka ( lemah dalam ujian ), kemudian ingin kembali kepada Allah . . . kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian kembali semula kepada Allah . . .  ini adalah beritan gembira kepada mereka kerana menandakan "Iman kuat di hati mereka". Iaitu mereka sangat menyintai Allah, selama mana mereka menyintai Allah . . . ketahuilah bahawa Allah juga menyintai mereka. "Allah menyintai mereka . . . dan mereka juga menyintai Allah".
  • Demi Allah wahai saudaraku, jika Allah tidak menyintai kamu . . . Dia tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu "perasaan kepedihan". Ini adalah perasaan yang kita rasakan "aku ada melakukan kesalahan".
  • Perkara yang lebih bahaya dari "maksiat" adalah "terus menerus melakukan maksiat".
  • Rasulullah SAW bersabda; "tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar sekalipun kembali kepada maksiatnya 70 kali".
  • Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu kedalam Neraka . . . bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke Syurga?
  • Maka pada setiapkali kamu terasa diri menguasai kamu . . . dan syaitan telah merampas kehormatan kamu . . . baliklah ke rumah terus berwuduk, solat 2 rakaat dan dalam sujud, katakanlah . . . "ya Allah . . . diriku menjadi sangat dekat dengan Engkau ketika sujud, tetapi aku mengadu pada Mu segenap jiwa ragaku dan aku memohon pada Mu bawalah hatiku serta diriku kepada Mu sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan Mu sehingga aku berpisah dari maksiat ini. Berdoalah kepada Allah dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. berdoalah dengan bahasa yang kamu faham. mengadulah tentang diri kamu kepada Allah. Letakkan dan campakkan diri kamu dihadapan pintu Allah. Ketahuialah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula . . . selesai sahaja solat kamu . . . Allah telah mengampun dosa-dosa kamu.
  • Selepas tu, perlulah ambil langkah pencegahan.  Apakah yang membawa kamu ke arah dosa? jauhi mereka yang berkelakuan jahat yang memudahkan kamu membuat jahat/dosa.  Menjauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan kerana kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu.
  • Sesuatu kewajipan yang ditinggalkan . . . cuba laksanakannya. Sesuatu yang salah dipandangan Islam . . . cuba ubahkannya.

Sunday, 16 September 2012

“Alhikmatu dhoollatul mukminin.. haithuma wajadaha fahua ahaq’qubiha”


Hikmah adalah barang yang hilang daripada orang mukmin


وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها " .
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana[1], di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya”.[2]

Kalimah pada asalnya memberikan makna satu perkataan tetapi yang dimaksudkan di sini ialah ungkapan atau jumlah ayat yang lengkap. Maksud al-kalimah al-hikmah di sini ialah ungkapan atau kata-kata yang mempunyai nilai bahasa yang tinggi dan mengandungi makna yang sangat halus, tinggi dan mendalam maksudnya walaupun ringkas dan terbit daripada seorang hakim iaitu yang bijaksana.
Imam Malik berkata: “Al-hikmah adalah kefahaman mendalam di dalam agama”[3]. Allah taala berfirman:


يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

Allah menganugerahkan al hikmah (kepahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).[4]

Maksud sesuatu yang hilang dari orang yang bijaksana dan di dalam riwayat yang lain dari orang yang beriman ialah sesuatu yang sentiasa dicari dan dituntut olehnya dan bila ia mendapatinya daripada sesiapa sekalipun maka dialah orang paling layak memperolehinya sama ada dengan maksud untuk mengikuti atau mengamalkannya. Orang yang bijaksana di sisi agama dan beriman sudah semestinya menilai al-kalimah al-hikmah yang terkandung di dalamnya kebenaran di sisi agama dan ia tetap menerima di mana sahaja atau daripada sesiapapun.
Setengah ulama mengatakan maksud di sini ialah kemampuan manusia untuk memahami sesuatu maksud daripada al-Quran dan hadith adalah berbeza. Kerana itu bagi orang yang tidak mampu untuk memahami maksud-maksud yang tersembunyi daripada sesuatu ayat atau hadith maka ia tidak boleh sama sekali untuk mengingkari orang yang mempunyai kemampuan untuk memahami dan membuat kesimpulan daripadanya. Ini adalah kerana orang yang diberikan rezeki oleh Allah untuk memahaminya adalah merupakan seorang yang bijaksana yang telah memperolehi al-kalimah al-hikmah yang kehilangan daripadanya sebelum ini.
Maksud yang lain ialah kadang-kadang al-kalimah al-hikmah diungkapkan oleh seorang yang tidak mempunyai kelayakan dengannya dan bila ia diperolehi oleh orang yang layak dengannya iaitu al-hakim maka dialah yang lebih layak dengannya daripada orang yang memperkatakannya tanpa memandang kepada rendah atau tinggi kedudukan orang yang memperkatakannya.
Hadith ini juga menunjukkan bahawa seorang alim itu tidak harus menghalang orang lain dari mendapatkan ilmunya bila ia fikir orang itu berkelayakan untuk memahaminya dan begitu juga sebaliknya tidak harus ia memberikan sesuatu ilmu kepada orang yang tidak berkelayakan kerana ilmu itu bukanlah merupakan sesuatu yang hilang daripadanya.
Di antara pengajaran daripada hadith ini ialah seseorang hakim atau ahli ilmu sepatutnya sentiasa mencari-cari dan mendalami al-Quran dan hadith yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti seseorang mencari barangnya yang hilang. Pengajaran yang lain ialah kebenaran mestilah diterima tanpa mengira daripada siapa ia datang dan bukan kerana melihat kepada orang yang menyampaikannya. Benar sekali apa yang diungkapkan oleh bijak pandai yang berbunyi:


“Kenalilah seseorang itu kerana kebenaran (yang dibawanya) bukan mengenali kebenaran kerana seseorang (iaitu menerima sesuatu sebagai kebenaran berdasarkan orang yang mengatakannya bukan berdasarkan kepada sesuatu dalil) dan kenalilah kebenaran nescaya engkau akan mengenali ahlinya.[5]



[1] Lafaz hakim yang terdapat di dalam riwayat yang dikemukakan oleh pengarang Misykat al-Masabih ini tidak terdapat di dalam mana-mana kitab hadith utama. Sebaliknya di dalam Sunan Ibnu Majah dan Jami’ at-Termizi lafaz mukmin digunakan di tempat lafaz hakim. Makna bagi matan hadith yang terdapat di dalam dua kitab tersebut adalah “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah barang yang hilang daripada orang mukmin”.
[2] Sunan Ibnu Majah Bab Hikmah, Sunan at-Termizi Bab Hadith Yang Datang Berkenaan Kelebihan Kefahaman Mendalam Daripada Ibadat. Imam at-Termizi berkata: “Ini adalah hadith ghorib, kami tidak mengetahuinya kecuali melalui jalan ini. Ibrahim bin al-Fadhl adalah seorang yang dho’if dari segi hafalannya.
[3] Tuhfah al-Ahwazi Juz 7 hal. 381
[4] Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 269
[5] Di dalam sesetengah kitab kata-kata ini dinisbahkan kepada Sayyidina Ali r.a. dengan sedikit perbezaan antara satu sama lain. Penulis tidak menemui rujukan yang boleh dipertanggungjawabkan untuk dinisbahkan kepada beliau.

Thursday, 13 September 2012

Keistimewaan Hari Jumaat

Assalamualaikum wbt.
Bismillah hirrahmanirrahim
Keistimewaan & Amalan Hari Jumaat


Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".
Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi

    Hari Jumaat telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w. kerana pada hari inilah banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas.
    Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

    Bagi sesetengah yang lain, mereka amat berharap agar akan diambil nyawa mereka pada hari Jumaat kerana barangsiapa yang mati pada hari Jumaat ataupun pada malam hari Jumaat, Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur.

Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda :
"Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".
Hadis Riwayat Tarmizi

Pada hari Jumaat terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan demi mendapat pahala dan keredha'an daripada Allah s.w.t. :
  • Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat
Firman Allah Dalam Al-Quran yang mulia :
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".
Surah Al-Ahzab, ayat 56
  • Memperbanyakkan bacaan Al Quran
    Surah-surah yang digalakkan untuk dibaca :
       Malam Jumaat : Surah Yaasin, Al-Kahfi
       Waktu Subuh : Surah As-Sajdah, Al-Insan
       Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas
  • Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi Jumaat
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Sesiapa di antara kamu yangg pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Membersihkan badan daripada bau yang tidak menyenangkan
  • Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya.
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata :
"Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan solat ".
Hadis Riwayat Tabrani
  • Bersiwak
  • Memakai bau-bau yang wangi
Daripada Salman r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai haru-haruman di rumahnya kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah, melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain".
Hadis Riwayat Al-Bukhari
  • Memakai pakaian serba putih
  • Menyegerakan pergi ke masjid
Firman Allah s.w.t. :
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
Surah Al-Jumu'ah, ayat 9
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia berjalan ke Jumaat(menunaikan solat) pada saat pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Dan sesiapa yang berjalan pada saat kedua, solah-olah dia telah berkorban seekor lembu. Dan sesiapa yang berjalan pada saat ketiga seolah-olah dia telah berkorban seekor biri-biri. Sesiapa yang berjalan pada saat keempat, seolah-olah dia telah berkorban seekor ayam dan seesiapa yang berjalan pada saat yang kelima, seolah-olah dia telah bersedekah sbiji telur. Maka apabila Imam telah naik ke atas mimbar, maka hadirlah segala malaikat untuk mendengar khutbah".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Apabila masuk masjid hendaklah sembahyang Tahiyatul masjid
  • Mengambil iktibar daripada khutbah yang dibacakan oleh khatib
  • Menunaikan solat-solat sunat Jumaat pada sebelum dan sesudah solat Jumaat
  • Memperbanyakkan amalan sedekah
Firman Allah s.w.t. :
"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami kurniakan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata : Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk di dalam orang-orang yang soleh?"
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu ajalnya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".
Surah Al-Munafiquun, ayat 10 & 11


"Bersegeralah kamu kepada keampunan Allah,bahawa sesungguhnya Syurga Allah SWT itu seluas langit dan bumi ."(petikan surat Rasulullah SAW kepada Hiraqlius supaya ia memasuki Islam.)

Wassalamualaikum


Kawan Yang Baik :)


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi
kawan yang baik .

Kawan yang baik
tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik
tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya
kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik
tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik
adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik
adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.

Kawan baik
menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik
tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.

Kawan yang baik
tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik
.
Kawan yang baik
tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik
, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik
akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik
nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah
kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah
kawan yang baik jika kita
menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah
kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana
kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah
kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada
kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada
kawan baik nya.

Kawan yang baik
akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi
kawan yang baik kepada
kawan baik
nya.

Dan kalau kita nak dapat
kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang
kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi
kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

 

featured-content

.