Assalamualaikum wbt.
Bismillah hirrahmanirrahim
Keistimewaan & Amalan Hari Jumaat
Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".
Hadis
Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi
Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa. Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".
Hadis
Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda : "Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".
Hadis
Riwayat Tarmizi
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".
Surah
Al-Ahzab, ayat 56
"Sesiapa di antara kamu yangg pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".
Hadis
Riwayat Al-Bukhari & Muslim
"Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan solat ".
Hadis
Riwayat Tabrani
"Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai haru-haruman di rumahnya kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah, melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain".
Hadis
Riwayat Al-Bukhari
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
Surah
Al-Jumu'ah, ayat 9
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia berjalan ke Jumaat(menunaikan solat) pada saat pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Dan sesiapa yang berjalan pada saat kedua, solah-olah dia telah berkorban seekor lembu. Dan sesiapa yang berjalan pada saat ketiga seolah-olah dia telah berkorban seekor biri-biri. Sesiapa yang berjalan pada saat keempat, seolah-olah dia telah berkorban seekor ayam dan seesiapa yang berjalan pada saat yang kelima, seolah-olah dia telah bersedekah sbiji telur. Maka apabila Imam telah naik ke atas mimbar, maka hadirlah segala malaikat untuk mendengar khutbah".
Hadis
Riwayat Al-Bukhari & Muslim
"Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".
Hadis
Riwayat Al-Bukhari & Muslim
"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami kurniakan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata : Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk di dalam orang-orang yang soleh?" "Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu ajalnya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".
Surah
Al-Munafiquun, ayat 10 & 11
|
"Bersegeralah kamu kepada keampunan Allah,bahawa
sesungguhnya Syurga Allah SWT itu seluas langit dan bumi ."(petikan surat Rasulullah SAW
kepada Hiraqlius supaya ia memasuki Islam.)
Wassalamualaikum
0 comments:
Post a Comment